Rabu, 18 Mei 2011

Musnid Dunia Ibnu Hajjar Ibnu Syihnah

Didalam pengajian Maulana Syeikh Usamah Said Mahmud al-Azhari beliau menceritakan tentang Musnid dunia Ibnu Hajjar yang terkenal di akhir-akhir umurnya, para muhaddis dan al-Hafizh berbondong-bondong mendatanginya untuk membaca sohih Bukhari dan hadis.

Di dalam suatu masa para ahli hadis melihat nama beliau di dalam Juz Ali ibni Allati, dan didalam daftar nama-nama pendengar sohih Bukhari kepada Syeikh Ibnu Zubaidi, sudah menjadi suatu tradisi jika ada pembacaan kitab-kitab sunnah sang guru akan mencatat seluruh nama pelajar yang hadir didalam majlis itu, hal ini sangat berkurang sekali di sebabkan banyaknya sekarang pelajar agama hanya memadai bacaan terhadap seorang guru yang tidak bersanad, atau memadai dengan memperbanyak membaca dengan sendiri, bahkan sebahagiannya ada yang memadai dengan membaca artikel yang tertulis di internet, sistem pengajian dahulu tidak lagi menjadi daya tarik seseorang pelajar agama, bahkan mereka menganggap sistem tersebut merupakan suatu tradisi yang kolot dan terbelakang.


Tapi sebenarnya siapakah Syeikh Ibnu Hajjar itu?

Nama lengkap Syeikh Ibnu Hajjar 

Beliau adalah Syeikh Ahmad bin Abi Thalib bin Abu Ni`am Ni`mah bin Hasan bin Ali bin Bayan as-Solihi al-Hajjar Ibni Syihnah .

Beliau lebih dikenal dengan Ibnu Syihnah.

Tahun kelahiran beliau

Beliau di lahirkan kira-kira 624 hijriyyah, tahun kelahirannya ini hanya sebagai perkiraan saja, sebab Imam al-Hafiz az-Zahabi pernah menanyakan kepada beliau pada tahun 706 hijriyyah tentang umurnya, maka Ibnu Hajjar berkata : " ketika an-Nashir Daud mengepug kota Damsyiq saya berumur 26 tahun.

Pengajian Beliau 

Sebagaimana yang telah kami sebutkan tradisi para ulama dahulunya menulis nama-nama pelajar yang hadir didalam pembacaan kitab-kitab hadis, dari hasil tulisan tersebut di ketahui bahwa Ibnu Hajjar pernah menghadiri dan mendengar pembacaan Sohih Bukhari di depan al-Hafizh  Ibnu Zubaidi, beliau mendengar hadis sohih Bukhari dari awal sampai akhirnya tetapi ada terdapat beberapa hadis yang tidak beliau dengarkan.

Majlis pembacaan Sohih Bukhari.

Pada tahun 706 beberapa Muhaddis datang menanyakan Syeikh Ibnu Syihnah al-Hajjar, mereka ingin meyelidiki kebenaran daftar nama yang terdapat didalam para pendengar sohih Bukhari di pengajian Ibnu Zubaidi, karena keinginan mereka mendapatkan sanad `Ali ( tinggi ) dengan sistem pembacaan terhadap ulama besar al-Hafizh Ibnu Zubaidi,

Ahli Hadis : " Ya tuan apakah benar nama tuan Ahmad bin Abi Thalib bin Abu Ni`am Ni`mah bin Hasan bin Ali bin Bayan as-Solihi al-Hajjar Ibni Syihnah".

Syeikh al-Hajjar :" Benar nama saya itu" .

Ahli Hadis : pernahkah tuan mengikuti majlis pembacaan sohih Bukhari al-Hafiz Ibnu Zubaidi ? ".

Syeikh al-Hajjar : Oh ! itu sudah lama sekali ..............

Ahli Hadis : " Benar sudah lama sekali ! tetapi kami ingin mengatahui pernahkah tuan mengikuti pengajian tersebut ? ".

Syeikh al-Hajjar : Oh ! itu sudah lama sekali ..............

Ahli Hadis : Benar tuan sudah lama sekali tapi benarkah tuan pernah mengikutinya ?

Syeikh al-Hajjar : Benar saya pernah mengikutinya , tapi dimana kamu dahulunya tidak pernah menanyakkan hal tersebut.

Dari tahun 706  sampai hari wafatnya Syeikh al-Hajjar beliau sibuk membacakan sohih Bukhari kepada Muhaddis dan al-Hafiz.

Berkata al-Hafiz Zahabi : " Aku tidak ragu atas pendengaran Ibnu Syihnah dari Ibnu Zubaidi, karena beliau tidak memiliki seorang saudara yang bernama sama dengannya".

Ibnu Hajar al-Asqolani menukikan didalam kitabnya Durarul Kaminah : " Awal pertama sekali di ketahui oleh para ahli hadis pada tahun 706 H, karena didapati nama beliau didalam Ajza` Ali Ibni Allati seperti Juz Ibnu Makhlad dan Musnad Umar karangan an-Najjar, kemudia didapati lagi nama beliau di dala daftar nama pedengar majlis pembacaan sohih Bukhari kepada Ibnu Zubaidi, maka Syeikh Ibnu Syihnah mengadakan majis pembacaan Sohih Bukhari sebanyak tujuh puluh kali diantaranya di kota Damsyiq, Solihiyyah, Cairo, Mesir, Hamah, Ba`labak, Himsh, Kafr Bathna dan selainnya".

Para ulama, ahli hadis, al-hafizh berbondong-bondong mendatangi beliau karena ingin mendengarkan sohih Bukhari dan menghadiri majlis beliau.

Beginilah para ulama pada zaman dahulu lebih mementingkan mendengar dan belajar dari seorang ulama yang memiliki sanad, pada hal pad zaman mereka kepentingan sanad tidak ada bedanya dengan zaman sekarang, sebab hadis-hadis yang di teliti sanadnya hanya sampai kepada abad kelima pada masa al-Hafiz Ibnu `Asakir.

Murid-murid beliau

Diantara ulama-ulama besar yang meriwayatkan dari beliau adalah :  

1 - Syeikh Abu Ali Muhammad bin Muhammad bin Ali az-Ziftawi.
2 - Syeikh Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Abi al-Majd ad-Damsyiqi.
3 - Syeikh al-Burhan Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad bin Abdul Wahid at-Tanukhi.
4 - Aisyah Binti Muhammad Bin Abdul Hadi al-Maqdisiyyah.
5 - Syeikh Muhibuddin bin al-Muhib.

Wafatnya Syeikh Ibnu Syihnah

Sementara Syeikh Muhibuddin bin al-Muhib membaca Sohih al-Bukhari kepada Syeikh Ibnu Syihnah sehari sebelum meninggalnya Syeikh Ibnu Syihnah yaitu pada tanggal 24 safar 730 H, sementara ketika hari keduanya beliau membaca sohih Bukhari sampai waktu zuhur, ketika dekat dengan waktu asar Syeikh Ibnu Syihnah al-Hajjar pun meninggal dunia, sehingga kewafatan beliau ketika itu membuat  sanad di dunia ini turun setingkat.

Syeikhuna al-Muhaddis Usamah bin Sayyid bin Mahmud al-Azhari menukilkan dari kitab " Dzailu at-Taqyiid " didalam kitabnya " Asanidu al-Misriyyin " : " Beliau ( Ibnu Syihnah-red) meninggal dunia pada tahun 730 H, di  kota Solihiyyah Damsyiq, ketika hari wafatnya di bacakan kepadanya Sohih Bukhari, beliau memiliki umur kurang lebih seratus sepuluh tahun, maka dengan kewafatanya turunlah sanad manusia didunia ini satu tingkat".

Rujukkan :

1 - Asanidu al-Masriyyin : halaman 129 / karangan Maulana Syeikh Usamah bin Sayyid al-Azhari, terbitan Dar al-Faqih cetakkan pertama tahun 1432-2011.

2 - ad-Duraru al-Kaminah Fi A`yani Mi`ati ats-Tsaminah : 1 /142 , karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, terbitan Dar al-Jail, tahun 1414-1993.

3 - Fihrasu al-Faharis Wa al-Atsbat : 1 / 340 . karangan Syeikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattani, terbitan Dar al-Gharab al-Islami, cetakkan kedua tahun 1402-1982 .

4 - Mu`jamu al-Ma`ajim Wa al-Masyikhat : 1 / 409 , karangan Doktor Yusuf al-Mar`asyli, terbitan Maktabah ar-Rusyd, cetakkan kedua tahun 1426 - 2005 .

1 komentar:

herizal alwi mengatakan...

Nice.........
:)