Sabtu, 05 April 2014

Benarkah Mujammi bin Al-Jariyah mengetahui bahwa beliau Imamnya orang munafiq

Tersebar cerita bahwa Mujammi` bin Jariyah sahabat Nabi s.a.w disebabkan husnuzzonnya terhadap orang munafiq maka dia tertipu dengan apa yang mereka perbuat, untuk lebih jelasnya saya petik ungkapan tersebut.:
pd zaman Ar Rasul, ada seorang imam sgt tulus tetapi tertipu dgn perancangan jahat munafiqun. Beliau ialah Mujammi' bin Jariah.

Beliau menerima pelawaan untuk menjadi imam di masjid yg didirikan berhampiran masjid Quba'. Beliau hadir mengimamkan solat, memimpin ibadat, mengimarahkan masjid. Dengan harapan niat sucinya diterima Allah, semoga munafiq itu juga akan insaf dan bertaubat setelah melazimi masjid berkenaan. Tidak cukup dengan itu, Ar Rasul SAW turut dijemput utk merasmikan masjid berkenaan.
Namun apa yang berlaku, baginda bukan shj enggan hadir, bahkan tidak mengiktiraf Mujammi ' sbg imam masjid. Lebih dahsyat, baginda Ar Rasul sendiri memerintahkan supaya masjid itu diroboh. Sedangkan masjid adalah rumah Allah. Masjid semulia2 binaan atas muka bumi Allah.
Namun disebabkan masjid itu dibina atas dasar DHIRAR, maka ia diarah roboh oleh Rasulullah SAW. Ia bukan dibina atas dasar taqwa. Ia adalah perancangan jahat Munafiqun di bawah arahan Abu Amir Ar Rahib untuk menyaingi Masjid Quba ' disamping berperanan utk memecah-belahkan umat islam

Bertujuan untuk meluruskan cerita sehingga kita tidak menceritakan seorang sahabat yang mulia Mujammi` dengan cerita yang tidak layak.
Sebab dibangunnya masjid Dhirar
Masjid ad-Dhirar adalah masjid yang telah didirikan oleh golongan munafiq, setelah hijrahnya Rasulullah s.a.w  ke kota Madinah sebahagian penduduknya ada yang menyatakan islam dan bersyahadat  tetapi mereka memendam kekafiran didalam lubuk hati mereka yang sangat dalam sehingga mereka menjadi musuh dalam selimut ketika Nabi mengembangkan dakwah di pelosok negeri Arab, tetapi nabi tidak membunuh dan memerangi mereka sebab mereka mengucapkan Syahadah dan daan tidak menyatakan kekafiraan dihadapan orang muslim, tetapi menyatakan permusuhan dengan dengan cara sembunyi, perbuatan mereka bukan saja menjelek-jelekkan Nabi, bahkan mereka menghasut umat islam agar dapat berpecah belah. Diantara gerakkan mereka yang sangat membahayakan adalah membuat masjid yang berdekatan dengan masjid Quba, masjid yang didirikan ini bertujuan untuk menyayingi masjid Quba.
Ketika Rasul bersiap-siap untuk berangkat ke Tabuk, maka datanglah jama`ah munafik kepada Rasul, mereka berkata: Ya Rasulallah kami telah bangunkan masjid bagi orang yang memiliki penyakit, orang yang memiliki hajat, ( untuk solat )ketika malam turun hujan, dan kami menginginkan agar kamu solat bersama kami di masjid itu". Rasul bersabda: " Saya sekarang ingin bermusafir dan dalam keadaan sibuk, jika kam kembali maka saya akan solat bersama kalian di masjid itu. Manakala Rasulullah kembali dari peperangan Tabuk dan singgah di Dzi Awan maka turunlah ayat :
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون
Ertinya :Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.( at-Taubah : 107) [1]
Siapakah Mujammi` itu?
Beliau adalah Sahabat Nabi Muhammad yang telah banyak menghafal al-Qur`an.
Nama lengkap beliau Mujammi` bin Jariyah bin `Aamir bin bin Muajammi` atau disebut juga dengan Mujammi` Yazid bin Jariyah bin Mujammi` bin al-`Attoof bin Dhubai`ah bin Zaid bin Malik bin `Auf bin `Amr bin Malik bin al-Aus Al-Ansori al-Ausi al-Madani [2]
Beliau meninggal dunia pada masa pemerintahan Mu`awiyyah
Sementara imam masjid ad-Dhirar adalah Mujammi` yang masih muda belia, tidak mengetahui apa-apa, beliau disuruh oleh ayahnya dan teman-teman ayahnya, hal ini diungkap oleh Ibnu Hazam :
Berkata Ibnu Hazm: Kaum munafiq yang berasal dari Bani Tha`labah bin `Amr bin `Auf yang yang solat di Masjid Dhirar adalah: Jariyah bin `Aamir binal-`Attof, dan juga disebutkan kedua anaknya Zaid dan Mujammi`, tetapi riwayat itu tidak benar, bahkan (Mujammi ) dikenal dengan kebaikkannya, hafalan  al-Qur`annya dan bagus islamnya, akan tetapi ayahnya dan teman ayahnya yang ingin merusaknya dengan cara menyuruhnya untuk menjadi imam masjid Dhirar sementara beliau masih berumur muda . [3]
Berkata Ibnu Sa`ad: Berkata Muhammad bin Umar ; Sa`ad bin `Ubaid al-Qari` dari Bani `Amr bin `Auf merupakan imam masjid `Amr bin `Auf, manakala beliau terbunuh dipeperangan al-Qadisiyyah, maka kaum Bani `Amr bin `Auf  mengangkat perkara penggantian imam kepada Umar bin Khattab, mereka sepakat untuk mengajukan Mujammi` sebagai pengganti imam, sementara Umar menuduh (seorang yang munafiq) dan menganggap agamanya rusak karena beliau pernah menjadi imam masjid Dhirar, Umar tidak mau mengangkat beliau menjadi imam, kemudian Umar memanggil Mujammi`, Umar berkata: Aku menuduh agamamu, tetapi orang-orang berbicara tentang kebaikkanmu, Mujammi` berkata: Wahai Amiral Mukminin, dahulu itu aku masih muda sekali, dan terlalu cepat berbuat, dan sekarang aku memahami apa yang aku perbuat, dan aku mengetahui sesuatu yang banyak, maka Umar bertanya kepada orang-orang tentang Mujammi`, mereka menjawab: Beliau adalah orang yang baik , telah menghafal al-Qur`an kecuali hanya beberapa surat saja, maka umar mengangkatnya menjadi imam di masjid Bani `Amr bin `Auf. Kami tidak tahu mana-mana masjid yang terjadi perlomban untuk menjadi imamnya seperti masjid Bani `Amr bin `Auf. Mujammi` meninggal dunia di kota Madinah pada masa pemerintahan Mu`awiyah bin Abi Sofyan, dan tidak memiliki keturunan. [4]
Berkata Ibnu Hisyam:
 وَكَانَ مُجَمِّع غُلَامًا حَدَثًا قَدْ جَمَعَ مِنْ الْقُرْآنِ أَكْثَرَهُ، وَكَانَ يُصَلِّي بِهِمْ فِيهِ، ثُمَّ إنَّهُ لَمَّا أُخْرِبَ المسجدُ، وَذَهَبَ رِجَالٌ مِنْ بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ، كَانُوا يُصَلُّونَ بِبَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ فِي مَسْجِدِهِمْ، وَكَانَ زَمَانُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، كُلِّم فِي مُجَمِّع ليصلي بهم فقال: لا، أو ليس بِإِمَامِ الْمُنَافِقِينَ فِي مَسْجِدِ الضِّرار؟ فَقَالَ لِعُمَرَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ، وَاَللَّهِ الَّذِي لَا إِله إلَّا هُوَ، مَا علمتُ بِشَيْءٍ مِنْ أمرِهم، وَلَكِنِّي كُنْتُ غُلَامًا قَارِئًا لِلْقُرْآنِ، وَكَانُوا لَا قرآنَ مَعَهُمْ، فَقَدَّمُونِي أُصَلِّي بِهِمْ، وَمَا أَرَى أمرَهم، إلَّا عَلَى أحْسن مَا ذَكَرُوا، فَزَعَمُوا أن عمر تركه فصلى بقومه.
Ertinya: Mujammi` merupakan seorang pemuda belia yang telah banyak menghafal al-Qur`an. beliau menjadi imam orang-orang munafiq di masjid Dhirar, manakala masjid telah dirobohkan maka sebahagian orang-orang Bani `Amr bin `Auf yang solat di masjid Bani `Amr bin `Auf pada masa pemerintahan Umar menyampaikan kepada Umar agar Mujammi` menjadi imam mereka (dimasjid Bani `Amr bin `Auf), maka Umar berkata: Tidak ! Bukankah dia imamnya orang munafiq pada masjid ad-Dhirar? berkata Mujammi` kepada Umar: Wahai Amirul Mukminin , Demi Allah Yang t iada Tuhan kecuali Dia, Aku tidak tahu sedikitpun perkara mereka( munafiq), akan tetapi aku hanya seorang anak yang pandai membaca al-Qur`an, sementara mereka tidak hafal al-Qur`an, maka mereka suruh saya untuk menjadi imam mereka,sementara aku tidak mengetahui perkara kemunafiqan mereka, kecuali atas kebaikan yang mereka sebut, mereka ( Bani `Amr bin `Auf ) menyangka bahwa Umar membiarkan (memperbolehkan) Mujammi` menjadi imam, maka jadilah Mujammi` imam bagi masjid Bani `Amr bin `Auf. [5]
Berkata al-Hafiz Yusuf bin Al-Barr: Sesungguhnya Mujammi` bin Jariyyah tidak sahih beliau munafiq, bahkan yang sahih adalah keislamannya, dan hafalan al-Qur`an, sesungguhnya nama beliau disebutkan karena kaumnya membangun masjid ad-Dhirar dan menjadikan Mujammi` sebagai imam di masjid itu. [6]
Kesimpualnnya:
·        Mujammi` bukan seorang yang munafiq
·        Mujammi` tidak mengetahui perkara orang-orang munafiq
·        Mujammi` masih muda belia dan bukan termasuk orang tua yang dewasa
·        Mujammi` tidak tertipu tetapi mereka orang- orang munafiq yang suka menipu orang muslim
·        Mujammi` tidak bersalah ketika menjadi Imam orang-orang munafiq
 Rujukkan:
[1] Subulu al-Huda Wa ar-Rasyad Fi Sirati Khairi al-Ibad, Muhammad bin Yusuf as-Solehi : 5 / 675
[2] Tahdzibu at-Tahdzib, karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani : 4/27
[3] Jawami` as-Sirah an-Nabawiyyah, karangan: Ali bin Ahmad bin Sa`id bin Hazam Az-Zohiri : 1/75
[4] Tobaqatu al-Kubra Li Ibni Sa`ad: 5/ 291
[5] Sirah Ibni Hisyam: 2/121

[6] ad-Durar Fi Ikhtisori al-Maghazi Wa Siyar, al-Hafiz Yusuf bin al-Barr: 1/93.

Tidak ada komentar: