Selasa, 08 Februari 2011

Syeikh Ismail Zain al-Yamani



Nama lengkap kelahirannya

Nama lengkap beliau adalah Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh Ismail bin Ismail bin Usman bin Ali bin Salimbin Abdurrahman bin Abi Ghaits bin Ibrahim bin Ismail bin Muhammad az-Zain.

Beliau di lahirkan pada bulan Rabi`ul Awal tahun 1352 hijriyyah di kota Dhahi, kota ini terletak di wilayah Wadi Sardud, kota yang banyak mengeluarkan ulama dan orang yang shaleh-shaleh.

Sifat, tabi`at, dan bentuk tubuhnya

Syeikh Ismail memiliki tubuh yang sedang-sedang saja, tidak kurus dan juga tidak gemuk, pembawaannya selalu santai dan tenang, tidak berbicara kecuali sekedar keperluan, beliau sangat di cintai oleh penduduk kampungnya, bersifat zuhud, wara`, tawadhuk, tidak suka membuangkan masa kepada perkara-perkara yang tidak perlu, menghornati ulama dan orang tua, rajin bekerja dan taat beribadah.

 

Belajar Ilmu agama

Dari kecilnya telah belajar ilmu agama atas didikkan ayahandanya, banyak sekali kitab-kitab yang telah beliau habiskan, diantara kitab-kitab yang beliau baca dan pelajari adalah ; Safinatu an-Naja, al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Matan al-Ajurumiyyah, dan beliau banyak  menghapal  matan-matan kitab.

Selain belajar ilmu agama dari ayahnya, beliau juga telah belajar dari banyak ulama-ulama yang berada di kotanya, kerajinan dan kegigihan beliau terhadap illu agama sangat tinggi sekali, setiap disiflin ilmu agama beliau pelajari dengan sungguh-sungguh, dari mulai Fiqih, Tafsir, Hadis, Nahu, Taswuf, Fara`idh, Sorof, TauhidUsul Fiqih, Mantiq, Balaghah `Arudh dan lain-lainnya.

Pada tahun 1375 hijriyah beliau mulai mengajar di kotanya dan di kota az-Zaidiyyah, para guru-gurunya sangat senang sekali, sebab mereka melihat beliau memiliki pemahaman yang lurus, kecerdasan yang tinggi, banyak diantara teman-temannya juga ikut mendengarkan pengajian beliau, para pelajar memadati halaqah pengajiannya.

Berhijrah ke Makkah Mukarramah

Pada tahun 1380 hijriyah beliau berhijrah ke Makkah al-Mukarramah dan berniat untuk menetap di Makkah, dari tahun inilah beliau sibuk untuk mengajar, mengarang kitab, mentela`ah kitab, mulailah ulama-ulama Makkah mengenali keilmuan beliau, disamping itu beliau juga belajar dengan ulama besar yang masih hidup di kota suci tersebut, dari pengajianSyeikh Hasan Masyath, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani, Syeikh Muhammad Yahya Aman, Syeikh Hasan Sa`id Yamani, Syeikh Alawi al-Maliki dan lain-lainnya.

Pada tahun 1382 hijriyyah beliau mulai mengajar di Madrasah as-Solatiyyah al-Hindiyyah yang terkerkenal dengan keberkataannya, beliau diangakat menjadi guru tingkat Tsanawiyah dan Aliyyah dalam jangka 23 tahun.

Disamping beliau mengajar di Madrasah Solatiyyah,beliau juga mengajar di Masjid al-Haram dan di rumah pribadinya, para penuntut ilmu banyak mendatangi pengajian beliau, terlebih-lebih pelajar dari Indonesia, Malaysia dan Fathoni (Thailand ), nama beliau menjadi masyhur di kalangan ulama terlebih-lebih di kalangan ulama Syafi`iyyah di Makkah dan sekitaranya, sehingga beliau menjadi sumber fatwa permasalahan-permasalahan yang baru, waktu beliau di habiskan untuk mengajar dan memberikan fatwa, terkadang-kadang datang dari negara Indonesia permohonan fatwa dari permasahan yang baru.

Para guru-guru beliau :

Diantara guru-guru beliau adalah :

1 - Ayahandanya Ismail bin Usman Zain al-Yamani.
2 - Sayyid Umar `Awadh al-Ahdal.
3 - Sayyid Abdul Qadir Qadiri al-Hasani.
4 - Sayyid Husein bin Muhammad az-Zawak.
5 - Sayyid Muhammad bin Muhammad ibni Abdurrahman al-Qadimi.
6 - Sayyid Muhammad bin Yahya Dum al-Ahdal.
7 - Syeikh Islam Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal.
8 - Sayyid Muhammad bin Hasan bin Abdul Bar al-Ahdal.
9 - Syeikh Alawi bin Abbas al-Maliki al-Makki.
10 - Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani.
11 - Syeikh Hasan Masyath.
12 - Syeikh Muhamad Yahya Aman.
13 - Syeikh Hasan Sa`id Yamani.
14 - Sayyid Muhammad Amin Kutubi.
15 - Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.
16 - Syeikh Amin at-Torablusi.
17 - Syeikh Hasanain Makhluf.
18 - SYeikh Ahmad Hamadah.
19 - Syeikh Ibrahim Abu an-Nur Syafi`i.
20 - Syeikh Muhammad Ilyas.
21 - SYeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi.
22 - Syeikh Muhammad Yusuf Banuri.
23 - Syeikh Abdullah Sirajuddin.
24 - Syeikh Bakri Rajab.
25 - Syekh Abdullah Shiddiq al-Ghumari.
26 - Syeikh Abdul Aziz Shiddiq al-Ghumari.
27 - Syeikh Abdul Wasi` al-Wasi`i.
28 - Syeikh Muhammad Makki bin Muhammad bin Ja`fari al-Kattani.
29 - Syeikh Muhammad bin Salim bin Hafizh al-Yamani.
30 - Syeikh Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
Dan lain-lain.

Diantara Murid-murid beliau adalah :

1 - Syeikh Muhammad bin Ismail al-Yamani al-Makki.( * )
2 - Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari.( * )
3 - Syeikh Zainal Abidin Jefri al-Banjari.( * )
4 - Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri.( * )
5 - Syeikh Ibrahim Zannun al-Mandili.( * )
6 - Syeikh Abdul Malik Raihan bin Abdul Qadir al-Mandili.( * )
7 - Syeikh Muhammad Husni Tamrin Jefri al-Banjari.( * )
9 - Syeikh Ali Jum`ah ( Mufti Mesir ).( * )
10 - Syeikh Husein Siraj al-Fathani. ( * )
11 - Syeikh Khalid bin Abdul karim Turkistani.( * )
12 - Syeikh Asyrof Ismail at-Tijani.( * )
13 - Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.( * )
14 - Syeikh Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i.( * )
15 - Syeikh Hamid bin Akram al-Bukhari. ( * )
16 - Syeikh Abdullah bin Naji al-Makhlafi.
17 - Syrikh Ahmad bin `Asyur al-Makki.( * )
18 - Syeikh Yusuf bin Abdurrahman al-Mar`asyli. ( * ).
19 - Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad Idris al-Arkani.
20 - Syeikh Abdul Fatah Husein Rowah ( Rawa-red ).
Diantara hasil karangan beliau adalah :

1 - Arba`una Hadisan Fi al-Mawa`izh Wa al-Ahkam.
2 - Irasyadu al-Mu`min Fi Fadha`ili Zikri Rabbi al-`Alamin.
3 - Is`afu at-Thullab Bi Syarhi Nizomi Qawa`idi al-I`rab.
4 - al-Jawabul al-Wadhih as-Syahir Fi al-Ghazawat.
5 - Daiwan al-Khithabi al-Minbariyyah.
6 - Risalah Ziyarah Fi Jabal Uhud.
7 - Risalah Fi Maudhu`i al-Halq Wa at-Taqshir Fi an-Nusuk.
8 - Risalah Haula Istikhdami Mukabbirati as-Shaoti Fi al-Masajid.
9 - Risalah Tata`allaqu Bi as-Shalati Fi at-Tha`irah.
10 - Dhu`u as-Syam`ah Fi Khususiyati al-Jum`ah.
11 - Shilatu al-Khalaf Bi Asanid as-Salaf.
Dan lain-lain.

Setelah menghabiskan masa dan umurnya untuk menebarkan ilmu tanpa jemu dan lelah akhirnya beliau meninggal dunia pada hari rabu 21 Zul Hijjah 1414 hijriyyah, di sembahyangkan setelah shalat subuh di Masjid Haram pada hari kamis kemudian di kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan kuburan Sayyidah Asma` binti Abu Bakkar r.a.

Rujukkan :

1 - Kasyfu al-Ghain An Nabadzati Hayati Ismail az-Zain : halaman :17 ,Syeikh Ismail Zain, Dar al-Qudus.

2 - Mu`jam al-Ma`ajim Wa al-Masya`ikh Wa al-Faharis Wa al-Baramij Wa al-Atsbat : 85 / 3, karangan Doktor Yusuf al-Mar`asyli, Maktabah ar-Rusyd.

3 - `Aqdu al-Jauhar Fi Ulama ae-Rub`i al-Awwal Min al-Qarni al-Khamis `Asyar,:1754 / 2 , Doltor Yusuf al-Mar`asyli , Dar Makrifah, Libanon.

Tanda ( * ) adalah sebagai guru saya dan saya meriwayatkan dari mereka.

3 komentar:

ERPAN. A mengatakan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, saya mendapatkan website ini dan dengan penuh rasa terharu menitiskan airmata saya membaca isi dari riwayat syeikh Ismail Usman zain yamani ini karena saya tidak hadir disaat beliau berpulang ke Rahmatullah,sebab saya sudah pulang ke kampung halaman saya di Banjarmasin. Saya pernah belajar dengan beliau di Madrasah Saulatyah dan saya tinggal bersama saudara Ahmad dari Ampenan /Lombok NTB dirumah beliau daerah Misfalah /Makkah almukarrah sebagai Khadim syeikh Ismail yamani selama lebih kurang 5 tahun.
Semoga beliau mendapat tempat disurga firdaus...amiiinnn.

Diakhir kalimat ini tak lupa saya ucapkan terima kasih kepada saudara pemilik website ini yang telah menulis tentang sejarah kehidupan syeikh Ismail yamani, Jazakumullahu khairil jaza.

Akhukum Fillah.
H. Erpan Abdullah Al-Banjary.

ERPAN. A mengatakan...

Kepada semua saudara-saudari kaum muslimin-muslimat di seluruh tanaha air Indonesia yang tercinta ini, dalam kesempatan ini saya mengucapkan ; Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan ditahun ini 2014.
Semoga segala amal ibadah diterima dan segala dosa diampuni oleh Allah Aminn.

Wassalamu alaikum,wr,wb.

PPB.PRI Al Amir mengatakan...

Membangun Masji di satu Kampung, apabila memenuhi syarat sahnya sholat Jum'at menurut madzhab Syafi'iyah, sebagaimana disampaikan oleh guru kami yang sangat alim Rahimakumullah yang beliau tulis dalam kitabnya "Qurrotul 'Ain", boleh demi Syi'ar Islam. Kami sebagai muridnya, tentunya sam'atan wa Tho'atan kepada beliau dan Insya Allah nanti kita akan berkumpul dengan beliau si Surga. Amin ya Robbal Alamien.