Syeikh Muhammad Mukhtar Palembani (memakai jubah putih ) dan Syeikh Sayyid Abu Alawi Hamid al-Kaf al-BAnjari al-Makki (memakai baju hitam)
Nama lengkap beliau adalah Syeikh al-Musnid Muhammad Mukhtaruddin bin Zainal Abidin al-Palembani al-Indonesi al-Makki as-Syafi`i al-Asy`ari.
Beliau di lahirkan di kota Palembang ibu kota Sumatra Selatan, satu bahagian wilayah di Indonesia, di besarkan oleh kedua orang tuanya, dan di didik dengan ilmu agama, sehingga beliau memilki minat yang tinggi untuk memperdalam ilmu agama di tanah kelahirannya sendiri.
Setelah beliau mempelajari dasar-dasar ilmu agama, maka datang minat dan keinginan melanjutkan pengajian ke Makkah al-Mukarramah, cita-cita tersebut terkabulkan sehingga beliau berangkat ke Makkah melaksanakan ibadah haji dan ke Madinah berziarah ke Makam Rasulullah s.a.w.
Setelah menunaikan ibadah haji beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarromah, dan menuntut ilmu agama dari ulama-ulama Makkah yang masyhur ketika itu, diantara guru yang selalu beliau lazimi adalah Syeikh Muhammad Yasin al-Padani, sehingga Syeikh Mukhtar menjadi murid yang paling rapat dan dekat dengan Syeikh Yasin al-Padani, bertahun-tahun beliau mengabdi kepada Syeikh Yasin dengan secara tulus dan ikhlas sehingga sampai wafatnya Syeikh Yasin pada tahun 1410 H -1991 M, hal yang membuktikan kedekatan beliau adalah kitab " Bulughul Amani " yang beliau karang untuk gurunya tercinta.
Di samping Syeikh Yasin Padani masih banyak lagi ulama-ulama lainnya yang beliau hadiri, berbagai disiflin ilmu beliau pelajari, diantaranya adalah ilmu tauhid (Asya`irah-red ), nahu, tafsir, hadis, ilmu sanad, ilmu fiqih, terlebih-lebih fiqih Syafi`i dan lain-lainnya.
Guru-guru Syeikh Mukhtar al-Palimbani
1 - Syeikh Muhammad Yasin bin Muhamamd Isa al-Padani 1335-1410 H.
2 - Syeikh Ibrahim bin Daud al-Fathoni al-Makki 1320-1413 H.
3 - Syeikh Ahmad bin Muhammad Mansuri al-Fulfilani al-Makki wafat 1406 H.
4 - Syeikh Hasan bin Muhammad bin Abbas al-Masysyaath al-Makki al-Maliki 1317-1399 H.
5 - Syeikh Hasan bin Sa`id Yamani al-Makki 1312-1391 H.
6 - Syeikh Hasanain bin Muhammad Makhluf al-Masri al-`Adawi 1310-1410 H.
7 - Syeikh Zakaria bin Abdullah Bila al-Makki 1329-1413 H.
8 - Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Shiddiq al-Ghumari 1328-1413 H.
9 - Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Shiddiq al-Ghumari wafat tahun 1418 H.
10 - Syeikh Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki 1327-1391 H.
11 - Syeikh Muhammad Amin bin Muhammad bin Muhammad al-Kutubi al-Makki wafat 1404 H.
12 - Syeikh Muhammad al-Arabi bin at-Tubbani al-Jaza`iri al-Makki 1315-1390 H.
13 - Syeikh Abu Bakar bin Ahmad bin Husein al-Habsyi al-Makki 1320-1374 H.
14 - Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad al-Arkani al-Makki ar-Rabighi 1364-1418 H.
15 - Syeikh Ahmad bin Muhammad Sirdar al-Halabi bertadabbaj dengan Syeikh Mukhtar Palimbani.
Buah karya Syeikh Mukhtar Palimbang
1 - Majmu`atul Asanid Wa Ijazaat Mukhtar al-Palimbani.
2 - Bulughul Amani Fi Ta`rifi Bi Syuyukhi Wa Asanidi Musnid al-`Ashri SYeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani, terdiri dari 9 jilid, tiga jilid telah di cetak, ( hanya dua jilid saja yang ada pada tangan al-Faqir Muhammad Husni Ginting ).
Beliau meninggal dunia pada hari rabu tanggal 15 Rajab 1411 hijriyah, jenazah beliau di shalatkan di Masjid Haram Makkah dan di kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan gurunya Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Padani.
Rujukkan :
1 - Bulughul Amani Fi Ta`rifi Bi Syuyughi Wa Asanigi Musni ad-Diyari al-Halabiyyah Syeikh Ahmad bin Muhammad Sirdar al-Halabi as-Syafi`i : 1 / 343.
2 - `Aqdu al-Jauhar Fi Ulama`i ar-Rubu` al-Awwal Min al-Qarni al-Khamis `Asyar : 2 / 2134.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar