Jumat, 03 April 2009

Berziarah ke Makam Syeikh Abu Hasan ASy-Syadzuli

Pada hari rabu tanggal 21 Rabi`ul awal 1430 H, bertepatan tanggal 18 Maret 2009, sejumlah pelajar Al-Azhar mengikit ziarah besr-besaran yang diselenggarakan oleh tarekat Hamidiyah Asy-Syadzuliyah, dengan sebanyak dua puluh bas besar, diantara pelajar yang mengikuti acara ini adalah sebanyak dua puluh lima Mahasiswa dari Indonesia, dan tiga puluh lima dari Mahasiswa Malaysia, diantara yang mengikuti ziarah ialah : Ust Muhammad Husni Ginting, Ust Khairul Nizham, dan banyak lagi.

Dalam perjalanan ini pelajar asia dipimpin oleh syeikh Yusri Rusydi Jabar, seorang ulama besar yang mendapat keizinan mengajar di Jami` Al-Azhar, beliau bermazhabkan Syafi`i dan bertarikatkan Syadzuli, beliau mendapat bai`ah dari Syeikh Abdullah Shiddiq Al-Ghumari.

Perjalanan sangan menyenangkan sekali, disekeliling jalan padang pasir yang dihiasi dengan gunung-gunung batu yang terjal, disebelah kiri nampak lautan merah yang membentang luas begitu indah membiru seolah-olah melambai menandakan kedamaian, hotel-hotel yang bagus dan indah bertebaran di tepi lautan merah, ini adlah pemandangan ketika kami melalui jalan mengarah ke Humaisara tempat dikuburkannya Syeikh Abu Hasan Syadzuli.

Lebih kurang pukul tiga pagi hari kamis kami telah sampai di Humaisara, setelah tidur sejenak, kemudian kami begegas untuk shalat subuh berjama`ah di Mesjid Syadzuli, kemudian kami mendengarkan pengajian yang disajikan oleh Syeikh Yusri, setelah itu kami bersama-sama mengarah ke Makam Syeikh Abu Hasan Syadzuli, siapakah beliau?

Syeikh Abu Hasan Syadzuli dilahirkan pada tahun 591 hijriah, bersambung keturunan beliau kepada Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib, di sebuah kota bernama Ghamarah, Maghrib ( Maroko ), beliau membesar di sebuah kampung bernama Bani Zarwil, kemudian berpindah ke Syadzalah sebuah kota yang berada di Tunis, disini beliau menimba ilmu sebanyak-banyaknya, dan setelah itu belajar ilmu tasawuf, mengambil bai`ah dari Syeikh Ibnu Masyisy atau Ibnu Basyisy, kemudian beliau berpindah ke Iskandariah.

Diiskandariah beliau banyak di datangi oleh ulama-ulama, diantara ulama yang hadir kedalam pengajian beliau adalah Sulthan Ulama Izzuddin Bin Salam, Al-Hafih Syeikhul Islam Ibnu Daqiq Al-Aid, Al-Hafizh Abdul `Azhim Al-Mundziri, Syeikh Al-Muqri` Abu Abdullah Asy-Syathibi dan lain-lain.

Beliau selalu melaksanakan haji ket tanah suci Makkah, ketika tahun 656 Hijriah, beliau bertekad untuk melaksanakan haji melewati lembah `Aidzab, melalui pegunungan Humaitsara, sebelum berangkat beliau berpesan kepada muridnya, bawalah cangkul ketika berangkat, sang murid bertanya, : buat apakah cangkul dibawa?, Syeikh menjawab " Fi Humaitsara saufa Tara, yangberarti : di Humaitsara kau akan tahu, setelah samapai di Humaitsara Syeikh melaksanakan Shalat dua raka`at kemudian menghembuskan nafas terakhir, inilah rupanya makna yang dituju oleh Syeikh, kemudian Syeikh Abu Abbas Al-Mursi memandikan, mengkapankan dn menyembahyangkan Syeikh, setelah itu beliau di kuburkan pada tempatnya yang dikenal sekarang.

Beliau sangat kuat memegang Sunnah Rasulullah, mengamalkan yang wajib dan sunnah, beliau juga pernah ikut perang dalam melawan tentera Salib yang berasal dari Perancis, pada peperang itu tentera umat ISlam mendapat kemenangan, beliau memiliki banyak karomah yang Allah berikan, sehingga beliau mendapati kedudukan yang tinggi disisi Allah dan Makhluknya.

Diantara Wasiat beliau :
1- Jika ingin wajah selalu bercahaya maka hendklah selau menjaga shalat malam
2- Jika ingn tidak kehausan di hari Qiyamat maka hendaklah lazimi puasa sunnah
3- Jika ingin terselamat dari siksaan kubur hendaklah berjaga dan berhati-hati dari Najis, Makanan yang haram, dan menolak syahwat.
4- Jika engkau ingin menjadi orang yag terkaya maka hendaklah besifat Qana`ah ( memadai )

2 komentar:

Daroini mengatakan...

alhamdulillah saya ikut berbahagia ada berita tentang ziarah ke Imam Syadzili.. mudah2an saya disuatu kesempatan yang baik dimudahkan oleh Alloh untuk bisa ziarah ke sana. Amin. Bpk Husni, adakah jadwal reguler / tahunan acara ziarah ke sana? Terimakasih.

Ajib (Semarang)
ajibster@gmail.com

azzwan niza mengatakan...

minta izin kongsikan kisahnya syeikh husni..