Pembacaan kitab hadits kepada seorang Syeikh yang bersambung sanadnya kepada kitab tersebut adalah salah satu jalan dari pengambilan penerimaan riwayat hadits yang diterima oleh seluruh ulama al-Hadits, pada masa abad kedua sampai abad kesepuluh majlis pembacaan kitab al-Hadits begitu banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung, tetapi setelah abad kesepuluh hijriyah majlis-majlis pembacaan al-Hadits semangkin berkurang, terlebih-lebih pada masa kita sekarang ini.
Majlis membaca al-Qur`an banyak kita dapati dimana-mana, terlebih-lebih dinegeri Mesir, negeri yang banyak melahirkan orang-orang hafal al-Qur`an, tetapi yang menjadi pertanyaannya adalah apakah banyak majlis pembacaan kitab hadits, jawabannya adalah masih ada tetapi sangat sedikit sekali, berapa pentingkah majlis pembacaan kitab-kitab hadits?, pertanyaan tersebut tidak mampu kita jawab dengan sempurna jika tidak merasakan begitu pentingnya majlis pembacaan kitab-kitab hadits.
Perlu kita ketahui bahawa kitab-kitab hadits banyak sekali, terdiri dari berbagai macam kitab, diantaranya :
1 - Kitab Jami`, seperti:" Jami` Shahih Bukhari, Jami` Shahih Muslim.
2 – Kitab Sunan , seperti : Sunan Abi Daud , Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa`i, Sunan Ibnu Majah.
3 – Kitab Musnad seperti : Musnad Imam Abu Hanifah, Musnad Imam Syafi`i, Musnad Imam Ahmad.
4 – Kitab Mustadrak, seperti Mustadrak Imam al-Hakim.
5 – Kitab Mustakhraj, seperti Mustakhraj Imam Abu Bakar Bin Mardawih atas kitab Shahih Bukhari.
6 – Kitab al-Ahkam, seperti al-Muntaqa karangan Ibnu Jaarud.
7 – Kitab Mu`jam, seperti Mu`jam ash-Shaghir, Mu`jam al-Ausaath, Mu`jam al-Kabir karangan ath-Thabrani.
Majlis pembacaan kitab-kitab al-Hadits masih terdapat di India dan Pakistan, semua itu berkat dari usaha Syeikh Waliyullah ad-dihlawi yang menebarkan ilmu Hadits di negeri India, bacaan hadits masih lagi terdapat disana seperti di madrasah Darul Ulum di Diyubandi, dan Mazhohiri al-Ulum di Saharnafuri, sementara di Makkah Mukarromah masih terdapat pembacaan kitab-kitab hadits, seperti di Madrasah Shalatiyah al-Hindiyah di kawasan Syubaikah Makkah al-Mukarramah, pengajian al-Hadits tanah Hijaz ( Makkah dan Madinah ) dipimpin oleh Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi yang meninggal pada tahun 1368 Hijriyah, sehingga beliau dikenal dengan Muhaddits al-Haramain Syarifain, setelah beliau meninggal dunia diteruskan oleh murid beliau Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang membaca Kutub as-Sittah bertahun-tahun sehingga pada tahun 1410 Hijriyah beliau mengkhatamkan Sunan Abi Dawud untuk yang terakhir kalinya, tidak berapa lama Syeikh Yasin Fadani pun meninggal dunia pada bulan Dzul hijjah tahun 1410 Hijriyah, kemudian pembacaan hadits diteruskan oleh muridnya Syeikh Muhammad `Alawi al-Maliki al-Makki, Syeikh Abu `Alawi Hamid `Alawi al-Kaaf al-Indonesi, dan Syeikh Muhammad Husni Thamrin Zainal al-Banjari ad-Daari, al-Azhari.
Sementara Majlis Pembacaan kitab-kitab al-Hadits di Mesir masih ada tetapi tidak seperti dimasa al-Ayyubiyah dan Mamalik. Pada masa Imam Syeikh Syamsuddin al-Hifni, beliau dengan semangat sekali mengajar dan membaca Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa`i, Sunan Ibnu Majah, Mu`atha` Imam Malik, Musnad Imam Syafi`i, Mu`jam Shaghir, Mu`jam al-Ausaath, Mu`jam al-Kabir, Shahih Ibnu Hibban, al-Mustadrak karangan Imam al-Hakim di Jami` al-Azhar asy-Syarif.
Kemudian pembacaan kitab al-Hadits diteruskan oleh Imam Syeikh Amir al-Kabir dengan sanadnya sehingga bersambunglah sanad-sanad ulama pada masa itu kepada pengarang kitab-kitab hadits, beliau sangat berjasa sekali dalam menjaga sanad-sanad hadits di Mesir, kemudian setelah wafatnya Syeikh Amir al-Kabir al-Maliki asy-Syadzuli, pembacaan kitab-kitab al-hadits diteruskan oleh anak beliau Imam Syeikh Amir Shaghir al-Maliki, setelah wafatnya Syeikh Amir Shaghir, bendera bacaan kitab al-hadits diserahkan kepada Syeikh Ibrahim as-Saaqa ( Khatib Jami` al-Azhar ), kemudian perjuangan untuk membaca kitab al-hadits diteruskan oleh muridnya Syeikh Salim al-Bisyri ( Syeikh al-Azhar pada masanya ) yang memiliki keahlian didalam Dirayah dan Riwayah, beliau membaca kitab-kitab al-hadits di Masjid Sayyidah Zainab, Masjid Sulthan al-Hanafi, dan Masjid Abi Dzahab, kemudian diteruskan oleh murid-murid Beliau Syeikh Ibrahim as-Samaluthi, Syeikh Yusuf ad-Dijwi, Syeikh Mansur Naashif, kemudian diteruskan oleh Syeikh Zahid al-Kautsari, dan al-Hafizh Ahmad Shiddiq al-Ghumari, Syeikh Ahmad membaca hadits di Mesjid Sayyidina Husein, kemudian diteruskan oleh adiknya Syeikh Abdullah Shiddiq al-Ghumari ketika berada di Mesir, beliau membaca Shahih Bukhari kepada pelajar-pelajar al-Azhar, setelah itu dihidupkan kembali oleh murid beliau Syeikh Ali Jum`ah, yang membaca Shahih Bukhari, Muslim Abu Daud, dan setengah dari Sunan an-Nasa`i pada waktu pagi di Mesjid al-Azhar di ruwaq Atraak, setelah tahun 2006 pengajian Kutub hadits terhenti di Jami` al-Azhar, tidak ada yang meneruskannya lagi, Syeikh Ali Jum`ah pun tidak mampu lagi meneruskan pembacaan kitab al-Hadits disebabkan kesibukan seorang Mufti di Dar al-Ifta, kemudian pembacaan kitab al-Hadits diteruskan oleh Doktor Muhammad Mahmud Abu Hasyim ( Dekan Fakulti Usuluddin Zaqaziq ) di Sahah al-Hasyimiyyah Bani `Aamir Zaqaziq Muhafazhah Syarqiyah dengan membaca Shahih Bukhari setiap hari Jum`at.
Berkata Doktor Muhammad Rajab : Majils Pembacaan al-Hadits an-Nabawi menunggu orang yang mampu mengembalikannya seperti semula.( Majallah al-Azhar , Jumadil Akhirah tahun 1407 Hijriyah, oleh Doktor Muhammad Rajab Bayumi )
Berkata Doktor Ahmad Umar Hasyim ( bekas Rektor Universitas al-Azhar ) : Telah berkembang pembacaan al-Qur`an dan al-Hadits di Mesir, dan pembacaan yang mengumpulkan antara al-Qur`an dan al-Hadits, walaupun sedikit atau hampir tidak didapati pembacaan kitab Sunnah, akan tetapi didapati sampai sekarang sebahagian majlis pembacaan yang aku tahu di propinsi Syarqiyah, sebahagiannya di kampung al-Jusuq, disini terdapat pembacaan Shahih Bukhari, dirumah keluarga Ali Hijazi, sebahagiannya pembacaan yang dikumpulkan diantara al-Qur`an, al-Hadits, al-Ma`tsuraat, Dala-ilul Khairat, disahah al-Hasyimiyah dikampung kami Bani `Aamir. ( al-Muhadditsun fi Mashr Wal Azhar : 374 ).
Begitu pentingnya majlis pembacaan Kutub as-Sunnah yang memiliki banyak Faedah, sehingga Menteri urusan wakaf dan urusan agama islam melaksanakan proyek majlis pembacaan kitab Shahih Bukhari, Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa`i, Sunan Ibnu Majah pada tahun 2007.
Berkata Doktor Muhammad Rajab Bayumi : Adapun Syeikh Manshur Nashif, beliau telah mengarang kitab at-Taj al-Jami` li al-Usul dalam lima juz berukuran besar, beliau adlah murid Syeikh Saliim al-Bisyri, dan beliau membuat Majils hadits pada permulaan tahun empat puluhan dari abad ini, beliau membuat majlis bacaan setelah Shalat `Ashar pada stiap hari Senin di Masjid al-Zainabi, sebab beliau salah seorang Imam besar Masjid Saidah Zainab, beliau sendiri yang membaca kitab al-Hadits, sebab tidak ada murid yang membaca kepadanya. Saya ( Rajab Bayumi ) teringat dengan salah seorang teman kami dari kuliyah Lighah Arabiyah ketika itu dia tidak merasakan nikmatnya halaqah pengajian, setelah selesai majlis pembacaan Syeikh maka beliau segera bertanya : " Apakah guna pembacaan kitab Hadits tanpa ada syarah dan keterangannya ?" Syeikh tersenyum sambil menjawab : " Syarah dan keterangannya ada, untuk membacanya dengan syarah dan keterangan memerlukan waktu yang sangat lama, sementara kitab-kitab yang telah disyarahkan lebih banyak". ( Majallah al-Azhar , Jumadail Akhir tahun 1407 Hijriyah, oleh Doktor Muhammad Rajab Bayumi ).
Diantara Faedah yang didapati dari membaca kitab-kitab hadits tanpa syarah dan keterangan adalah sebagai berikut :
1 – Memperbanyak zikir kepada Allah dengan membaca kitab-kitab hadits.
2 – Memperbanyak shalawat kepada junjungan Muhammad SAW.
3 – Mengulang kembali hafalan, bagi orang yang menghapal sebahagiannya.
4 – Memikirkan dan melihat lafazh Rasulullah SAW.
5 – Mengingat kembali hukum-hukum Fiqih dan masalah-masalah Fiqih.
6 – Keilmuan dan riwayat bersambung secara shah dan Shahih.
7 – Mengenal Rijal hadits, nasab mereka dan sanad-sanadnya.
8 – Menghidupkan kembali Sanad-sanad dan ijazah dalam ilmu hadits.
9 – Mendapatkan barakah dengan menyebutkan nama orang-orang shalih dari sanad-sanad yang dibaca.
10 – Mengetahui letak-letak hadits yang telah kita hapal.
Ini diantara guna pembacaan kitab al-Hadits, semoga majlis pembacaan al-Hadits dengan sanad yang bersambung kepada pengarangnya dihidupkan di negeri kita Indonesia dan Malaysia. Amien.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar