Minggu, 24 April 2011

Pengkhataman Syama`il Muhammadiyah di Jami` al-Azhar

Sekarang Jami` al-Azhar sudah mulai berdiri lagi dengan tegap, setelah sebelumnya berjalan tertatih-tatih menyambung kehidupannya untuk menyebarkan ilmu, selama Azhar memiliki Jami`ah ( Universiti ) maka Jami` Azhar kurang berpungsi dengan layak seperti manakalanya, dahulu Jami` Azharlah telah banyak mengeluarkan ulama-ulama besar berkelaskan dunia, hingga sampai masa Syeikh Ibrahim as-Saqqa, dan di ikuti oleh anaknya dengan membuat majlis pembacaan kitab hadis di jami` al-Azhar, kemudian di teruskan oleh muridnya al-Muhaddis Abdullah Shiddiq al-Ghumari, dan seterusnya di terusnya oleh muridnya Syeikh Ali Jum`ah  ( mufti Mesir sekarang ),karena kesibukkan Syeikh Ali Jum`ah dengan berbakai aktivitas, maka kendali pengajian hadis di hidupkan kembali oleh muridnya Muhaddis Usamah Sayyid Mahmud al-Azhari atas perintah Syeikh Ali Jum`at, maka di adakanlah majlis pembacaan kitab Syama`il Muhammadiyyah karangan Imam al-Hafizh Tirmidzi r.a, yang berhasil di khatamkan 20 April 2010.
Pada tangggal 20 April 2011 telah di laksankan majlis pengkhataman Syama`il Muhammadiyyah yang dihadiri oleh pembesar-pembesar ulama al-Azhar yang memiliki riwayat hadis, diantara yang hadir pada acara ini adalah :

1 - Al-Allamah al-Faqih al-Usuli Doktor Ali Jum`ah al-Azhari.
2 - al-Allamah al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`its al-Kattani.
3 - al-Allamah al-Muhaddis Muhammad Zakiyuddin al-Qushi al-Azhari.
4 - al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Jad Badaruddin al-Masri al-Azhari.
5 - al-Allamah al-Mu`ammar Syeikh Mu`awwadh Awadh Ibrahim al-Azhari.
6 - al-Allamah Doktor Muhammad Abdusomad al-Muhanna al-Azhari.
7 - al-Allamah al-Muhaddis Doktor Rif`at Fauzi at-Tijani.
8 - al- Allamah Syeikh Yusri Rusydi .
9 - al-Allamah Syeikh Doktor Jamal Faruq al-Hasani al-Azhari.
10 - al-Muhaddis Usmah Sayyid Mahmud al-Azhari.
11 - al-Allamah Syeikh Hasan Syafi`i al-Azhari .

Dan masih banyak lagi ulama-ulama yang hadir pada acara ini , pada kesempatan ini para Syeikh Ali Jum`ah, Syeikh Hasan Syafi`i, Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Zakiyuddin Qushi, Syeikh Mu`awadh Awadh Ibrahim memberikan ijazah ammah kepada yang hadir.

Yang hadir pada acara ini menurut perkiraan lebih dari tiga ribu orang dari berbagai negara, tidak pernah Jami` al-Azhar membuat majlis pengkhataman kitab hadis semeriah ini, terima kasih Maulana Syeikh al-Muhaddis Usamah Sayyid Mahmud al-Azhari yang telah berusaha keras untuk menghidupkan kembali pengajian hadis di al-Azhar Syarif.

Tidak ada komentar: